Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Elemen semak dan imbang kekal tidak jejas pindaan ke atas penggunaan dana KWAN

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 April - Elemen semak dan imbang kekal terjamin walaupun terdapat pindaan spesifik dan terhad ke atas penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan KWAN dikawal selia 5 anggota lembaga pemegang amanah yang membuat semua keputusan dasar, sebelum dikemukakan kepada Kerajaan.

Menerusi Laporan Laksana ke-51, beliau memaklumkan, lembaga pemegang amanah turut merangkumi wakil kerajaan dan swasta atau kumpulan professional.

Selain itu, KWAN juga diaudit setiap tahun oleh Jabatan Audit Negara.

Sementara itu, penggunaan dana KWAN oleh Malaysia berbanding negara lain ialah sekitar
AS$1.2 bilion.

Antara negara yang turut menggunakan dana dari rizab atau tabung amanah termasuk Ireland, Norway dan Singapura yang menggunakan rizab dalaman bernilai hampir AS$40 bilion.