Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

MAHB tidak bercadang buang pekerja

  • Published in Ekonomi

ALOR SETAR, 29 April - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak bercadang memberhentikan kira-kira 10,000 pekerjanya walaupun berdepan situasi mencabar akibat penularan COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, di peringkat pengurusan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sentiasa berusaha memastikan supaya kebajikan pekerja mereka terbela.

Pihaknya turut mengambil langkah membantu nasib peruncit kecil di lapangan terbang yang terjejas.

Beliau ditemui pada  Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Keperluan Asas  kepada 350 keluarga B40 terpilih di sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menerusi program tanggungjawab korporat (CSR) MyAirportCARES Ceria Ramadan.

Kedah merupakan negeri pertama menerima sumbangan tersebut dengan peruntukkan RM400,000 disalurkan kepada 1,000 keluarga B40 terpilih di seluruh negara.