Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Pelan Hala Tuju OGSE Kebangsaan 2021-2030 dilancarkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 April - Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) bakal menyumbang sehingga RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 berbanding RM20 bilion pada 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hasil itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Industri OGSE Nasional 2021-2030.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran pelan berkenaan di ibu negara.

Pelan itu diperkenalkan bagi mendepani peralihan dalam industri minyak dan gas negara, agar sektor berkenaan kekal relevan di masa hadapan.

Ia merangkumi empat strategik iaitu Daya Saing, Ketahanan, Pembangunan dan Kelestarian, serta 31 inisiatif yang akan dilaksana dalam tiga fasa pada tahun ini.