PRESTIGE sasar penyertaan 10 PKS tempatan

PUCHONG, 27 April - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sasar 10 PKS dalam industri aeroangkasa mengikuti program Peningkatan Industri Strategik dan PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Jaafar menyatakan program ini dapat memberi impak positif kepada industri aeroangkasa.

Ini akan menggalakkan pemain industri tempatan, meneroka pasaran ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy menyatakan pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi membantu PKS sejajar Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

Sehingga kini, 30 PKS telah mengikuti program PRESTIGE sejak 2017.