Logo

Lebih 90,000 pekebun kecil bakal nikmati dividen

KUALA LUMPUR, 27 April - Lebih 90,000 pekebun kecil bakal menikmati dividen.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran dividen kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan peserta FELCRA melibatkan nilai keseluruhan RM189.08 juta.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertanggungjawab menyelaras pengagihan dividen berkenaan melalui RISDA dan FELCRA.

Perdana Menteri berkata, pembayaran dividen itu bukti kejayaan kedua-dua agensi menguruskan tanah secara komersial, seterusnya membangunkan penduduk luar bandar.

Ia juga penzahiran prinsip kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat faedah daripada hasil negara dan dasar kerajaan.

Perdana Menteri berucap merasmikan Majlis Penyampaian Dividen RISDA dan FELCRA 2021 di ibu negara.

Dividen RISDA berjumlah RM38.17 juta dibayar kepada 16,080 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok.

Manakala 15,165 peserta Tanam Semula Komersial 2020 menerima bayaran RM43.86 juta.

Sementara itu 58,826 peserta FELCRA akan menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2020, berjumlah 107.053 juta ringgit secara berperingkat, bermula hari ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.