Logo

Platform e-dagang WARONGKU sasar penyertaan 3,500 peniaga kecil

KUALA LUMPUR, 21 April - Platform e-dagang WARONGKU sasar pendaftaran 3,500 penjaja dan peniaga kecil hujung tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, inisiatif di bawah SME Corp itu menyediakan pelbagai bantuan, merangkumi latihan penggunaan aplikasi digital, pembekalan terminal, kad sim beserta data internet selama setahun.

Agensi itu menerima sokongan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.