Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

Dasar Pelaburan Negara Baharu dibentang kepada kabinet Rabu ini

  • Published in Ekonomi

GOMBAK, 20 April - Kertas kabinet bagi Dasar Pelaburan Negara Baharu bakal dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, dasar itu memberi tumpuan kepada inovasi, teknologi dan pendigitalan.

Ia dijangka akan menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi menjayakan aspirasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Tegasnya, Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan menarik walaupun berdepan dengan cabaran global.

Ini terbukti apabila syarikat gergasi Korea Selatan dan Jepun bersetuju untuk melabur sebanyak RM6 bilion di dalam negara.