Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Projek PR1MA terbengkalai diteruskan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 April - Projek kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan semula.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan ianya berdaya maju dan boleh dijual segera.

Sebahagian projek itu di bina di kawasan tanah berharga tinggi dan dijual pada harga mampu milik.

Ia fokus dalam meningkatkan keupayaan golongan M40 untuk memiliki rumah pertama mereka.

Setakat bulan Mac 2021, 23,101 unit telah berjaya disiapkan dengan lebih 50 peratus daripadanya terjual.