Logo

Harga ayam tinggi, KPDNHEP Negeri Sembilan keluar notis

SEREMBAN, 18 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan mengeluarkan dua notis terhadap pembekal ayam mentah yang mengenakan harga tinggi, pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman memaklumkan notis itu bertujuan mendapatkan punca kenaikan harga yang berlaku ketika ini sebelum tindakan dikenakan terhadap mereka jika dengan sewenang-wenangnya berlaku kenaikan tidak munasabah.

Media sebelum ini, melaporkan berlaku kenaikan harga ayam proses dengan mendadak sehingga mencecah RM10 sekilogram sejak awal Ramadan selepas pihak pembekal dan peladang ayam mengenakan harga yang agak tinggi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan pengguna supaya memanfaatkan aplikasi Price Catcher bagi menyemak harga barang termasuk kedai yang menawarkan pilihan harga terbaik.

Aplikasi itu mampu menjimatkan masa dan kos selain pengguna dapat membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan berikutan ia memaparkan maklumat harga barangan secara harian, mingguan dan bulanan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.