Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Kenaikan 60% harga komoditi lada satu rangsangan untuk petani, pekebun

  • Published in Ekonomi

KUCHING, 17 April- Harga komoditi lada cukup memberangsangkan dengan 60 peratus kenaikan harga pada tahun ini berbanding sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyifatkan ia sebagai satu rangsangan untuk petani dan pekebun kecil untuk terus berkembang dalam perusahaan tersebut.

Meskipun sebelum ini lada berdepan kejatuhan harga, namun ketika ini ia dilihat kembali pulih apabila harga lada putih mencecah RM21,000 setan, manakala lada hitam RM12,000 setan.

Sementara itu, melihat kepada sektor ekonomi dalam eksport dan import dibuka semula, kementerian meramalkan unjuran kenaikan eksport lada sebanyak 10,000 tan untuk tahun ini berbanding 8,000 tan pada tahun sebelumnya.

Datuk Dr Mohd Khairuddin berkata demikian selepas melawat tapak pembinaan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Industri Lada Negara di Semenggok Kuching.