Logo

MAHB bakal terima 20 destinasi antarabangsa baharu

KUALA LUMPUR, 16 April - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bakal menerima 20 destinasi antarabangsa baharu dan 80 penerbangan domestik tambahan.

Ia dijangka meningkatkan perjalanan udara rangkaian lapangan terbang kendalian MAHB, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Shukrie menerusi satu kenyataan memaklumkan, destinasi baharu itu termasuk Hamburg, Zurich, Sarajevo dan Copenhagen.

Laluan penerbangan itu bermula dari ISG dengan kekerapan sehingga 25 kali seminggu.

Manakala di KLIA, Malaysia Airlines mengaktifkan semula destinasi seperti London dan Jakarta.

MAHB tetap optimis dengan pemulihan industri penerbangan, memandangkan masih ada permintaan untuk perjalanan udara.

Ia berdasarkan penawaran penerbangan baharu oleh syarikat penerbangan.

MAHB juga kekal komited meningkatkan perkhidmatan, sebagai persediaan ketibaan semula pelancong.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.