Logo

Eksport getah asli catat peningkatan pada Februari lalu

KUALA LUMPUR, 15 April - Eksport getah asli Malaysia meningkat 13.5 peratus kepada 54,632 tan metrik pada Februari lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi satu kenyataan memaklumkan, China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli dengan menyumbang 40.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport.

Ini diikuti Belgium, Jerman, Finland dan Amerika Syarikat.

Sarung tangan getah merupakan item eksport utama dengan nilai eksport 5.8 billion, meningkat 3.9 peratus berbanding Januari.

Sementara itu, pengeluaran getah asli meningkat 9.0 peratus kepada 4,840 tan metrik berbanding bulan sebelumnya.

Penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Februari 2021 berjumlah 44,697 tan metrik dengan mencatatkan penyusutan 5.1 peratus.

Industri pembuatan sarung tangan getah terus mendahului dengan penggunaan sebanyak 34,764 tan metrik atau 77.8 peratus daripada keseluruhan penggunaan domestik pada Februari 2021.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.