Saturday, 15 May 2021

updated 1:44 PM UTC, May 15, 2021

Ekonomi negara mampu berkembang jika kes COVID-19 stabil

  • Published in Ekonomi

ISKANDAR PUTERI, 15 April - Ekonomi negara mampu berkembang antara 6 peratus dan 7.5 peratus pada tahun ini seperti diunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya status kes COVID-19 menunjukkan trend stabil.

BNM akan mengumumkan kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ekonomi negara dijangka berkembang tahun ini berbanding penguncupan 5.6 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Iskandar Puteri, Johor.

Mengenai perkembangan PIPC, Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) menyasar untuk menarik pelaburan baharu bernilai hampir RM5 bilion bagi fasa kedua pembangunan PIPC di Pengerang, Johor.