Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Malaysia-Afghanistan jalin kerjasama pertingkat eksport minyak sawit

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 April - Afghanistan bakal menjadi 'gerbang emas' atau laluan import minyak sawit Malaysia bagi pasaran Asia Tengah.

Negara-negara Asia Tengah yang terlibat merangkumi Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan sehingga ke Kazakhstan.

Melalui satu kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menyatakan kedua-dua negara bersetuju untuk mengembangkan eksport minyak sawit Malaysia secara langsung ke Afghanistan.

Ia melibatkan peningkatan jumlah eksport dari 75,000 tan, kepada 150,000 tan setahun.

Kedua-dua pihak turut membincangkan potensi untuk menjadikan Afghanistan sebagai pintu masuk eksport agrikomoditi Malaysia, seperti getah, lada, koko dan kayu-kayan.

Satu memorandum persefahaman bagi tujuan itu dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.