Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

Lebih banyak francaisor diseru manfaatkan program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik

  • Published in Ekonomi

KUALA TERENGGANU, 10 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyeru lebih banyak francaisor memanfaatkan Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik untuk melahirkan lebih ramai usahawan.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini terdapat 1,091 jenama francais berdaftar dengan 694 adalah jenama tempatan.

Jelasnya, sasaran 30 usahawan francaisi mampu dibangunkan sehingga akhir tahun ini menerusi peruntukan RM5 juta.

Geran francais mikro menyediakan pakej di bawah RM50,000 manakala pakej mampu milik RM100,000.

Terdahulu beliau menghadiri Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri di Kuala Terengganu.

Terengganu menjadi lokasi kedua penganjuran program tersebut selepas Melaka.