Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

Aset di Bawah Pengurusan PNB meningkat kepada RM322.6 bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 April - Nilai Aset di Bawah Pengurusan (AUM) Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk Tahun Kewangan 2020 meningkat kepada RM322.6 bilion.

Peningkatan itu adalah sebanyak 3.4 peratus berbanding RM312 bilion direkodkan tahun sebelumnya.

Menurut Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, di sebalik iklim pelaburan mencabar, prestasi memberansangkan itu dicatatkan hasil strategi mempelbagaikan portfolio pelaburan luar dan domestik.

Pelaburan antarabangsa membentuk 12 peratus daripada keseluruhan portfolionya berbanding 8.5 peratus pada tahun kewangan 2019.

Beliau bercakap kepada media menerusi Taklimat Laporan Tahunan PNB 2020 diadakan secara maya yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn.

Dalam pada itu, pengagihan pendapatan dan bonus juga kekal kompetitif tahun lalu dengan sejumlah RM11.1 bilion diagihkan, melibatkan 14.5 juta akaun, termasuk 200,000 pendeposit baharu.

Untuk Tahun Kewangan 2021, syarikat pengurusan dana terbesar negara tersebut itu menyasar untuk mengembangkan segmen pelaburan baharu merangkumi tenaga boleh diperbaharui, teknologi 5G dan pusat data.