Wednesday, 12 May 2021

updated 1:18 PM UTC, May 11, 2021

COVID-19: Kedah yakin operasi Syarikat Kerajaan Negeri kembali pulih

  • Published in Ekonomi

ALOR SETAR, 8 April- Kerajaan Negeri Kedah yakin operasi anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) dalam sektor pelancongan dan perhotelan yang terjejas teruk akibat wabak pandemik COVID-19, akan kembali pulih.

Bagaimanapun Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia memerlukan masa dan strategi baharu untuk pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, sehingga kini, 170 kakitangan Hotel Adya yang dimiliki Permodalan Kedah Berhad (PKB) terpaksa diberi cuti tanpa gaji, manakala 150 orang daripada mereka pula terpaksa ditawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

Situasi sama bukan sahaja dihadapi GLC, malah syarikat swasta turut berdepan situasi sama hingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedahbersama Menteri Besar Kedah di Dataran Wisma Darul Aman, Alor Setar, pagi tadi.
 
Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut memberi suntikan modal kepada GLC tertentu, namun kemampuan kerajaan negeri ketika ini amat terhad.