Logo

Pembiayaan RM20 juta untuk usahawan tani

PUTRAJAYA, 7 April - Pembiayaan berjumlah RM20 juta akan disalurkan Agrobank kepada 200 usahawan tani bagi merancakkan amalan teknologi industri 4.0 dalam sektor pertanian.

Inisiatif itu melibatkan usahasama dengan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Agrobank dan MTDC berlangsung di Putrajaya disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Setiap usahawan akan menerima pembiayaan maksimum RM100,000.

Usahawan yang dikenal pasti akan dibimbing dan diberi bantuan teknikal, menerusi cabang akademi MTDC iaitu Technopreneur Training Academy, dan Centre of Nine Pillars.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.