Logo

Skim Pembiayaan Lestari Bumi bantu usahawan mikro dan kecil

KUALA LUMPUR, 7 April - RM300 juta diperuntukkan SME Bank khusus untuk membantu usahawan mikro dan kecil menerusi Skim Pembiayaan Lestari Bumi.

Diumumkan menerusi Belanjawan 2021, skim berkenaan membolehkan PKS yang layak memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar keuntungan tetap 5%.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap dana tersebut membolehkan mereka meluaskan akses pasaran, selain meningkatkan daya saing.

Beliau ditemui selepas pelancaran skim tersebut berlangsung di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.