Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Ujian rintis IMBRT dilancar esok, uji laluan dan kesesuaian bas

  • Published in Ekonomi

ISKANDAR PUTERI, 7 April- Ujian rintis Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) akan dilancar esok.

Selain bakal mengubah landskap pengangkutan awam Johor, ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara menggunakan kemudahan berkenaan.

Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar berkata, program ujian rintis selama tiga bulan sehingga Julai depan itu dilaksana untuk menguji laluan dan menentukan kesesuaian bas yang akan diguna dengan melibatkan sembilan syarikat pengeluar bas.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi penerangan program berkenaan di Iskandar Puteri.

Ujian rintis IMBRT tersebut meliputi jarak sejauh empat kilometer bermula dari Anjung Medini, Lebuhraya Sultan Iskandar sehingga Horizon Hills, Iskandar Puteri.

Operasi IMBRT dijangka bermula pada 2023 dengan menyediakan kemudahan bas secara sistematik dan berjadual serta berteknologi hijau dengan menggunakan kuasa elektrik, bateri dan biodesel.