Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Sektor hartanah dijangka pulih tahun ini

  • Published in Ekonomi

KAJANG, 6 April - Sektor hartanah negara dijangka pulih sejajar dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6 hingga 7.5 peratus tahun ini.

Ia turut didorong pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan, sekaligus membolehkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi semula.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pihaknya sedang merangka Belanjawan 2022 dan meneliti perkara yang akan diberi tumpuan holistik.

Pihak pemaju dan kerajaan negeri juga disaran menyemak data hartanah dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

Langkah itu bagi menentukan projek yang bakal dibangunkan, selari dengan permintaan pasaran.