Logo

RM900 bilion peruntukan diminta untuk pelaksanaan RMK-12

PETALING JAYA, 5 April - Kerajaan telah menerima permintaan peruntukan berjumlah RM900 bilion khusus untuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, cadangan yang diterima daripada kerajaan negeri, kementerian dan agensi itu akan diperhalusi Unit Perancang Ekonomi sebelum dimuktamadkan tahun ini.

Negara juga perlu fokus terhadap pembangunan sektor pengeluaran bekalan makanan mencukupi.

Ia bagi menjamin kelestarian serta keperluan rakyat dalam mendepani cabaran mendatang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Petaling Jaya Selangor.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.