Wednesday, 21 April 2021

updated 9:05 AM UTC, Apr 21, 2021

3,000 usahawan disasar terima kad debit tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 April- Seramai 3,000 usahawan pasar tani disasarkan untuk menerima kad debit Bank Muamalat tahun ini, dibawah projek usahasama Mukmin Pay Sdn Bhd dan Koperasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Berhad.

Usahasama itu, bukti komitmen untuk menjayakan projek pendigitalan pasar tani ke arah matlamat 'perniagaan tanpa tunai'.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mukmin Pay, Mohd Yusni Ismail, pihaknya sentiasa bersedia untuk membimbing usahawan untuk memahirkan diri menggunakan teknologi yang disediakan.

Mohd Yusni ditemui media, pada Majlis Penyerahan Kad Debit Bank Mualamat kepada Usahawan Pasar Tani di Danau Kota, Kuala Lumpur.

MukminPay, sebuah anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) telah mewujudkan aplikasi pasaran penghantaran mudah alih iaitu Mukmin Mart yang menawarkan penyelesaian digital perniagaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Muhammad Mustapha Awang dan Ketua Bahagian Perbankan Konsumer Bank Muamalat, Zury Rahimee Zainal Abiden.