Logo

LKM sedia jalin kerjasama pelbagai pihak komersial produk berasas koko

NILAI, 3 April - Lembaga Koko Malaysia (LKM) terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak bagi membantu mengkomersialkan produk hasil penyelidikan mereka.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola LKM, Dr Aliakbar Gulasan, melalui penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, sebanyak 62 produk berasaskan koko berjaya dihasilkan. 

Selain makanan dan minuman, LKM turut menghasilkan produk berasaskan kesihatan, kecantikan, penjagaan diri dan produk separuh siap. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah pada majlis apresiasi LKM 2021 di Nilai.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.