Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Malaysia perlu lakukan aturan semula, rebut peluang pertumbuhan baharu - Gabenor BNM

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Malaysia perlu melaksanakan langkah penetapan semula dan merebut peluang pertumbuhan baharu.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pendekatan itu perlu bagi memastikan negara kembali bangkit dan lebih berdaya tahan selepas berdepan impak COVID-19.

Pembaharuan struktur juga jelasnya, perlu difokuskan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti, membina kapasiti inovasi serta memperkukuh sistem perlindungan sosial.

Sementara itu, mengulas kedudukan kewangan bank pusat, jelas Datuk Nor Shamsiah ia kekal stabil pada tahun lepas.

Sehingga 31 Disember 2020, keseluruhan aset berjumlah RM448.04 bilion manakala rizab antarabangsa bernilai RM432.37 bilion.