Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan dilaksana sehingga 2030

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang komprehensif bakal dilaksanakan sehingga 2030, dengan menetapkan visi untuk negara menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab serta mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Unit Perancang Ekonomi telah diberi tanggungjawab untuk menggubal Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang mengandungi tiga objektif dasar bagi memenuhi visi negara dalam mencapai digitalisasi.

Rangka tindakan itu, mengambil kira pandangan dan input pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakyat, industri dan agensi kerajaan.

Ketika berucap pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya, beliau turut memberitahu, enam teras strategik turut dikenal pasti.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mustapa berkata negara masih berhadapan dengan beberapa cabaran yang perlu ditangani segera bagi memastikan matlamat untuk mengurangkan jurang digital dapat dicapai.

Pelaksanaan rangka tindakan itu, dibahagikan kepada tiga fasa.

Sementara itu, inisiatif MY Device bakal diperkenalkan untuk memastikan semua pelajar di Malaysia mendapat akses kepada peranti digital bagi tujuan pembelajaran menjelang 2025.