Sunday, 17 January 2021

updated 11:42 AM UTC, Jan 17, 2021

Perbankan digital wanita yang pertama MyWEW sasar perkasa wanita dalam sektor ekonomi

  • Published in Ekonomi

BALAKONG, 8 Januari - Perbankan digital wanita yang pertama dikenali Women Empowering Women (MyWEW) bakal diperkenal di Malaysia.

Ia merupakan platform keusahawan sosial tempatan yang disasarkan untuk memerkasa wanita terutama dalam sektor ekonomi.

Jelas Penasihat MyWEW, Datuk Seri Azalina Othman Said, ini akan menggalakkan wanita terutamanya golongan B40 menceburi perniagaan secara dalam talian sejajar dengan norma baharu.

Beliau berkata demikian selepas menjadi saksi majlis memeterai memorandum persefahaman antara CNAsia dan Int-cys di Selangor.

Objektif MoU itu bagi memohon lesen daripada Bank Negara Malaysia dan pihak berkaitan untuk menjalankan perniagaan pemberian kredit mikro.