Kerajaan fokus kepada sektor ekonomi lain berbanding teruskan projek HSR
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
SHAH ALAM, 3 Januari - Pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura turut menerima pandangan positif Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Rangkaian Bekalan dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara, Dr Shahrin Nasir.
Menurutnya, kerajaan buat masa ini dilihat lebih fokus kepada sektor ekonomi yang lain.
Dr Shahrin menambah, tahun 2021 ini merupakan tahun untuk memulih dan meningkatkan ekonomi negara.
Selain itu, beliau juga berpendapat projek HSR ini mungkin boleh diteruskan apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil pada masa akan datang.