Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

Malaysia kekal antara 30 ekonomi kompetitif dunia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 1 Januari - Meski berdepan cabaran COVID-19, Malaysia masih kekal menjadi antara 30 ekonomi paling kompetitif dunia dengan pencapaian ekonomi antara 10 terbaik di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, kejayaan itu antaranya didorong langkah kerajaan memperkenal Pakej Rangsangan Ekonomi dan membuka semula aktiviti ekonomi.

Jelas Tan Sri Muhyiddin, bagi tahun 2021, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus.

Unjuran positif itu mendorong kerajaan untuk melaksana usaha pemulihan ekonomi negara sebaik dan secepat mungkin.

Kerajaan turut menubuhkan beberapa majlis di peringkat tertinggi yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri untuk memastikan keseimbangan pembangunan di seluruh negara selari aspirasi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama.

Antara majlis yang diwujudkan adalah Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Kemakmuran Bumiputera, Majlis Pekerjaan Negara, Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara, dan Majlis Khas Perjanjian 1963 Sabah Sarawak.