Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Ekonomi Malaysia bakal berkembang lebih baik tahun depan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Disember - Asia Pacific Investment Bank (APIB) optimis ekonomi Malaysia bakal berkembang lebih baik tahun depan dan mencatatkan pertumbuhan 6.6%.

Kenyataan bank pelaburan itu menyebut unjuran tersebut berdasarkan peningkatan yang dilihat dalam perbelanjaan domestik dan asing.

Namun, unjuran itu bergantung kepada perkembangan semasa COVID-19, kestabilan politik serta peningkatan permintaan terhadap eksport.

APIB berpendapat kadar pemulihan dan pembangunan sektor-sektor utama di negara ini juga tidak akan berjalan seiring.

Sektor pembuatan terutama industri elektronik dijangka mencatatkan permintaan tinggi berikutan perkembangan ekonomi digital yang pesat dan peningkatan eksport.

Sektor pengangkutan dan automotif turut diunjur pulih walaupun berdepan cabaran jangka pendek.

Industri pelancongan dan syarikat penerbangan sebaliknya akan menghadapi cabaran jangka pendek dan pertengahan berikutan kebergantungan terhadap perbelanjaan domestik.

Justeru, APIB menasihatkan para pelabur agar mempelbagaikan portfolio bagi menangani impak ketidaktentuan pasaran.