Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Penarafan Fitch Rating bukan realiti sebenar ekonomi semasa negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Disember - Tindakan badan penarafan Fitch Rating menyemak turun penarafan Malaysia daripada A- kepada BBB+ tidak memberi gambaran sebenar keadaan ekonomi semasa negara.

Ini kerana Malaysia telah menunjukkan tanda awal pemulihan ekonomi hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan sejak Mac 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui satu kenyataan berkata, Fitch hanya menumpukan kepada kedudukan fiskal dan keadaan politik Malaysia.

Ia dilihat tidak mengiktiraf hasil usaha tindak balas krisis kerajaan dan asas ekonomi negara yang masih kukuh.

Kerajaan bertindak segera dalam menangani krisis COVID-19 menerusi empat pakej rangsangan bernilai RM305 bilion atau sekitar 20% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk membantu rakyat dan menyokong perniagaan.

Malah, pengumuman Belanjawan 2021 juga dijangka akan meneruskan momentum pemulihan dengan sasaran pertumbuhan KDNK 6.5% hingga 7.5%.