Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Malaysia mohon Asean EU bersidang Januari 2021

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 2 Disember - Malaysia memohon Kumpulan Kerja Bersepadu (JWG) antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) bersidang Januari tahun depan bagi mencari penyelesaian menyeluruh berhubung isu minyak sawit.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Asean EU kali ke-23 menyatakan isu minyak sawit memberi impak negatif kepada industri tersebut.

Katanya, kesan negatif itu melibatkan lebih 500,000 pekebun kecil industri sawit dan kesan berganda kepada petani, keluarga serta komuniti setempat.

Datuk Seri Hishammuddin turut memberi penekanan keperluan ASEAN-EU menggandakan usaha membangunkan rangka usaha sama terutama dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-EU.

Ia berikutan dunia masih berdepan dengan COVID-19.

Mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dan Wakil Tertinggi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan EU, Josep Borrell.