Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

RM49 juta disalur bagi manfaat 5,243 PKS Mikro Pertanian

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 2 Disember - Sebanyak RM49 juta telah disalurkan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank yang memanfaatkan 5,243 PKS Mikro Pertanian sehingga 20 November lalu.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, skim itu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian dan makanan untuk petani, peladang dan nelayan.

Sementara itu, nilai pengecualian cukai perkhidmatan untuk sektor pelancongan dan perhotelan yang memanfaatkan pengendali premis penginapan telah mencecah RM727.4 juta untuk tempoh sama.

Antara inisiatif lain bagi menyokong sektor itu termasuk pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong serta pengecualian cukai pelancongan yang akan tamat Jun tahun hadapan.

Bagi sektor komoditi pula, sehingga 20 November lalu, sebanyak RM325.2 juta pengecualian duti eksport berjaya dimanfaatkan oleh industri negara bagi memudahkan pekebun kecil untuk menjual hasil keluaran mereka kepada kilang-kilang.