Saturday, 23 January 2021

updated 8:51 AM UTC, Jan 23, 2021

Rizab antarabangsa yang diurus Bank Negara tidak digunakan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Rizab antarabangsa yang diuruskan Bank Negara Malaysia tidak digunakan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abd Rahim Bakri menjelaskan, PRE dibiayai melalui pinjaman domestik daripada pasaran kewangan tempatan.

Rizab negara jelas beliau, hanya digunakan untuk menjamin liabiliti iaitu pengeluaran mata wang tempatan dan deposit rizab bank-bank lain dengan bank pusat oleh kerajaan atau institusi kewangan asing.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Labis, Pang Hok Liong.

Setakat 30 September nilai rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM436.5 billion atau $105 billion meningkat $1.4 billion berbanding akhir 2019.

Angka itu mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.