Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

RM109.8 billion nilai pelaburan baharu diluluskan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 November - Sepanjang Januari sehingga September lalu, RM109.8 billion nilai pelaburan telah diluluskan merangkumi sektor perkilangan, perkhidmatan dan beberapa sektor utama lain.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Senator Datuk Lim Ban Hong ia melibatkan 2,935 projek dan dijangka menyediakan hampir 65,000 peluang pekerjaan.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Jelas Datuk Lim lagi, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, sedang menilai 786 projek pelaburan bernilai RM35.8 billion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan untuk kelulusan.

Juga mengenal pasti 23 projek berprofil tinggi yang berpotensi dengan nilai pelaburan sebanyak RM75.4 billion daripada para pelabur asing untuk dibawa masuk ke Malaysia tahun depan.