Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Sektor tenaga diperbaharui untuk pemulihan ekonomi

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 November - Malaysia mencadangkan supaya ASEAN memanfaatkan peralihan kepada tenaga diperbaharui bagi pemulihan ekonomi negara serantau berikutan kesan pandemik COVID-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-38 secara maya berkata sebagai contoh Malaysia menawarkan 1,000 megawat (MW) kuota tenaga solar menerusi bidaan kompetetif pada Mei lalu.

Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan media berkata hasil bidaan itu dijangka membawa RM4 bilion nilai pelaburan serta menawarkan 12,000 peluang pekerjaan.

Manakala dalam usaha mengoptimumkan perkongsian tenaga, Malaysia memberi komitmen untuk meneroka kebolehlaksanaan dan daya maju perdagangan tenaga rentas sempadan sehingga 100MW dari Laos kepada Singapura menerusi Thailand dan Malaysia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Tenaga) YBrs. Puan Afifah Abdul Razak serta wakil-wakil dari industri tenaga negara.

Mesyuarat AMEM ke-38 dipengerusikan Vietnam tahun ini membincangkan isu berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam bidang tenaga.