Saturday, 28 November 2020

updated 7:41 AM UTC, Nov 28, 2020

Pelbagai platform dan instrumen pelaburan digital diperkenal, bantu lonjak penggunaan digital

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 November - Pelbagai platform dan instrumen pelaburan digital diperkenal bagi melonjakkan penggunaan digital, sekali gus meningkatkan pelabur individu dalam pasaran saham negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia meliputi pelaburan matawang, saham dan unit amanah.

Kerajaan turut memperkenal dan menerbitkan sukuk digital pertama negara iaitu Sukuk Prihatin pada September lalu.

Namun jelas beliau, pembangunan sektor pelaburan digital perlu digabungkan dengan kesedaran tentang amalan pelaburan yang bertepatan.

Ini termasuk pendedahan mengenai kes-kes penipuan dalam talian yang semakin menular.