Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Program Micro Connector, tawar khidmat penghantaran penjaja dan peniaga kecil

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 19 November - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperkenal Program Micro Connector yang menawarkan khidmat penghantaran penjaja dan peniaga kecil.

Program itu akan membiayai sebahagian kos penyertaan belia B40 dengan membekalkan kit permulan bernilai RM250.

Kit permulaan yang terdiri daripada beg penghargaan serta pakaian itu ditangggung 70% kos oleh SME Corp.

Sebanyak RM875,000 diperuntukkan SME Corp kepada 5,000 penunggang perkhidmatan penghantaran.

Selain SME Corp, TEKUN Nasional turut menawarkan peluang pembiayaan untuk pembelian dan baik pulih motosikal dibawah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0.