Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Visi Pasca 2020 ambil kira langkah penyelesaian tangani COVID-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 November - Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu bekerjasama merangka "Visi Pasca 2020" agar ia memberi langkah penyelesaian mapan dan jangka panjang, dalam menangani cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19.

Rangka visi itu amat penting dalam mendepani sebarang kemungkinan luar jangka lain, yang boleh menjejaskan rantau ini pada skala global. 

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata diskusi mengenai aspirasi APEC pada masa kini dan masa depan telah dibincang oleh ekonomi-ekonomi ahli.

Perbincangan berlangsung itu juga memberi prospek baik dengan wacana mengenai kerangka ekonomi global baharu.

Kemajuan ekonomi bukan hanya dari segi KDNK atau perangkaan semata-mata, tetapi juga menimbang aspek kemanusiaan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat menteri- APEC yang diadakan secara maya.