Saturday, 28 November 2020

updated 7:15 AM UTC, Nov 28, 2020

APEC komited percepat proses pemulihan ekonomi pasca COVID-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 November - APEC tahun ini akan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan peranan perdagangan dan pelaburan rantau ini di sepanjang proses pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Jelas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali langkah itu perlu bagi mewujudkan pelaburan dan perdagangan bersifat bebas dan terbuka.

Malaysia juga jelasnya akan mengutamakan langkah penambahbaikan perdagangan dan pelaburan dengan menterjemahkan unsur-unsur berkenaan kepada pembangunan ekonomi lebih inklusif.

Ini akan membawa faedah lebih besar terhadap kesejahteraan rakyat di negara-negara serantau.

Justeru, kepentingan kemakmuran bersama diberi penekanan untuk memastikan penyertaan ekonomi secara lebih berkesan membabitkan setiap peringkat masyarakat.

Tahun ini turut menyaksikan negara-negara terlibat menghidupkan semula usaha ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi mendekatkan APEC kepada masyarakat.

Datuk Seri Mohamed Azmin berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia PAsifik (AMM) secara maya.