Saturday, 28 November 2020

updated 7:41 AM UTC, Nov 28, 2020

Eksport Malaysia meningkat 24 peratus pada suku ketiga tahun ini

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 9 November - Penglibatan aktif Malaysia dalam perdagangan antarabangsa menyebabkan permintaan terhadap produk buatan Malaysia meningkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata meskipun negara masih berdepan pandemik COVID-19, prestasi eksport meningkat 24 peratus kepada RM260.6 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding suku kedua 2020.

Beliau menjawab soalan wakil Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, kebergantungan yang tinggi terhadap barangan perantaraan yang diimport kebanyakkannya tidak dikenakan tarif.

Justeru, ia akan mengurangkan kos perkilangan industri tempatan dalam menghasilkan barangan akhir untuk pengguna tempatan atau bagi tujuan eksport.