Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Pengeluaran Akaun Satu KWSP bantu tingkat pendapatan boleh guna rakyat

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 November - Kebenaran pengeluaran Akaun Satu KWSP mampu membantu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Penganalisis Ekonomi, Dr Wan Farisan Wan Sulaiman menjelaskan, inisiatif itu akan menggalakkan mereka untuk berbelanja sekaligus membantu menggerakkan ekonomi negara.

KWSP turut meneruskan program i-Lestari dan menurunkan kadar caruman kepada 9% bagi meningkatkan pendapatan boleh guna ahli mereka.

Kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP daripada Akaun Satu secara bersasar sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan bermula tahun depan.

Ia dijangka akan memanfaatkan 600,000 pencarum terjejas.