Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Usahawan mikro disaran buat permohonan segera bantuan GKP

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Usahawan mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) disaran membuat permohonan segera selewat-lewatnya Sabtu ini.

Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyebut, GKP setakat ini telah memanfaatkan 545,000 peniaga mikro di seluruh negara melibatkan peruntukan RM1.63 bilion.

Di bawah Kerangka Initiatif Tambahan Khas, KITA PRIHATIN, permohonan GKP dibuka semula mulai 1 Oktober hingga hujung bulan ini.

Keputusan permohonan bakal diumumkan 15 November depan manakala bayaran dijangka disalurkan bermula 25 November.

Peniaga yang berminat boleh memohon geran berjumlah RM3,000 secara dalam talian menerusi portal tertera.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas hubungi Hasil Care Line dan Hasil Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.