Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

"My Local Stats" input kerajaan rancang serta buat keputusan Agenda Tempatan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 19 Oktober - Penerbitan statistik di peringkat daerah atau tempatan berupaya menjadi input kepada agensi di negeri dan PBT untuk merancang serta membuat keputusan Agenda Tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata statistik berkenaan diperlukan dalam membuat pemantauan terhadap pencapaian Agenda Mampan 2030 yang berteraskan tiada siapa yang ketinggalan.

Justeru "My Local Stats 2019" yang diterbitkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) penting untuk membantu kerajaan membuat agihan sumber dengan lebih cekap dan berkesan.

Tambah beliau, penerbitan "My Local Stats 2019" mengandungi 20 bidang statistik sosioekonomi antaranya penduduk, perumahan, guna tenaga, pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, pendidikan, dan kesihatan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan "My Local Stats 2019" secara dalam talian di Putrajaya.

"My Local Stats 2019" diterbitkan sempena Hari Statistik Negara 2020 yang akan disambut pada 20 Oktober bersekali dengan Hari Statistik Sedunia.