Tuesday, 27 October 2020

updated 8:45 AM UTC, Oct 27, 2020

Konsep ekonomi gig bakal diguna tawar pekerjaan kepada graduan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak menolak kemungkinan lebih banyak syarikat di negara ini bakal mengguna pakai konsep ekonomi gig bagi menawarkan pekerjaan kepada graduan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata ia memandangkan momentum pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil susulan pandemik COVID-19.

Jelasnya, berdasarkan situasi ketika ini tiada kemampuan rata-rata majikan menggaji pekerja baharu menggunakan kaedah tradisional atau konvensional.

Beliau turut mengharapkan dalam tempoh sukar ini, inisiatif tambahan dapat disalur kerajaan termasuk menyediakan lebih banyak pelepasan cukai bagi memudahkan golongan berkenaan mengurus aliran untuk membayar gaji, perbelanjaan operasi serta cukai bagi kelangsungan perniagaan masing-masing.