Logo

Bajet 2021 diharap beri tumpuan usahawan dan koperasi

ANGKASAPURI, 16 Oktober - Pembentangan Bajet 2021 diharapkan agar dapat memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dan koperasi.

Timbalan Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, melihat ianya penting bagi membolehkan usahawan dan koperasi dapat terus bertahan untuk tempoh jangka masa lebih panjang pada ketika wabak COVID-19 yang masih mencatat kenaikan.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin semasa ditemui di Angkasapuri selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Tambahnya lagi, diharapkan bajet berkait usahawan dan koperasi yang akan diterima nanti menjadi suntikan semangat kepada mereka terutamanya usahawan mikro dan usahawan kecil.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.