Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) diteruskan menerusi inisiatif PENJANA

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) diteruskan menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dengan dana tambahan RM20 juta, seramai 250 peserta baharu disasar untuk dilatih.

Sehingga kini, program di bawah kendalian SME Corp itu berjaya melatih 5,766 belia bumiputera.

99% daripadanya telah memulakan operasi perniagaan dalam pelbagai bidang.

TUBE juga telah mencatat jualan terkumpul RM127.17 juta dan mewujudkan 10,540 peluang pekerjaan baharu termasuk untuk peserta program.

Bagi tahun ini, latihan program dilaksanakan secara dalam talian untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Mereka yang berminat boleh memohon sebelum 25 Oktober menerusi laman sesawang TUBE.