Pemantauan proaktif unit LAKSANA pastikan bantuan disalur cepat dan efektif
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Pencapaian keseluruhan semasa Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi pemberian tunai secara sekali bayar melibatkan pembayaran berjumlah RM655 juta.
Pemberian tunai itu meliputi e-Penjana, bantuan kepada golongan terjejas dan geran sekali bayar kepada pengendali taska dan tadika berdaftar.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam Laporan LAKSANA ke-25 menyatakan pencapaian pelaksanaan itu pada tahap 69% iaitu mengikut jadual yang ditetapkan.
Pemantauan proaktif akan terus dilakukan melalui unit LAKSANA agar bantuan disalurkan dengan cepat dan efektif.
Ini termasuk pakej KITA PRIHATIN yang diumumkan 23 September lalu.