Logo

Fokus kesejateraan rakyat, perkukuh ekonomi dalam Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Belanjawan 2021 menitikberatkan kesejahteraan rakyat, menyokong sektor perniagaan dan memperkukuh ekonomi supaya berdaya tahan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Belanjawan 2021 akan memberi fokus kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kelangsungan kehidupan rakyat yang bertumpu kepada tiga tonggak utama.

Pada masa sama, momentum pemulihan ekonomi akan diteruskan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media maya bersama editor kanan media tempatan.

Belanjawan 2021 dijangka dibentangkan awal November ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.