Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Datuk Amiruddin Abdul Satar dilantik Pengarah Besar FELDA

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Datuk Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Besar FELDA berkuat kuasa Khamis ini.

Beliau menggantikan Datuk Dr Othman Omar yang tamat perkhidmatan 30 September lalu.

FELDA menerusi kenyataan memaklumkan Datuk Amiruddin berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley Business School University of Reading, United Kingdom.

Beliau memiliki pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang kewangan dan perniagaan.

Datuk Amiruddin pernah menjadi Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad.

Beliau juga Ahli Jawatankuasa Penasihat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia.